17 September 2012

jalan2 raya di hujung syawal

Sabtu kami hanya rehat di rumah. Ammar masih demam on off plus batuk n sesema. Ahad tu..syukur ammar x demam dah. So tgh hari kami pegi open house tadika addin. 1st yg kids nampak is ice cream..ishh ammar yg batuk tu pon pulun sama! Tak mampu nk larang sbb si abg2 pun sibuk mkn jugak kan.


Then gerak ke ampang rumah nek umi..lepak sampai Asar. Then pegi jln umah abg kt ampang jaya. Tiramisu my sil sgt mengancam. Guna bahulu bukan ladies fingers ok...sedappp!


Lepas maghrib kami pulang ke TS...sempat pegi rumah k.yati jiran depan. Ammar siap tertido atas sofa empuk tuan rumah :p k.yati wat nasi kerabu..pai tee..soto..sumer mantop.


Dan mlm ni..open house jiran yg terakhir i.e rumah misah. Tu pon ramai takder sbb pegi mkn angin bagai.


So berakhirla kisah raya kami utk tahun ini. Semlm timbang berat kt rumah umi...erkkk siap naik turun 2x sbb tak percaya haha bley gitu??


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: