06 June 2013

Cuti-cuti Pangkor-Genting Highlands

Kata orang, kita hanya merancang tapi Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa dlm menentukan sesuatu. Plan asal cuti-cuti Pangkor 3H2M kami terpaksa dipendekkan kepada 1M sahaja sebab ayah tak berapa sihat. Apa pun alhamdulillah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya betul tak...dan Pangkor tetap kami jejaki walaupun dlm masa yg singkat! :)

Dari Kulim, kami bertolak ke Marina Island Jetty yg terletak berdekatan dgn Teluk Batik. Tiket hanya RM10/adult, kids dah lupa! Perjalanan menaiki feri dari Marina Island ke Pulau Pangkor hanya memakan masa 10 minit, sangat menjimatkan dan agak cepat berbanding jika anda naik feri dari jeti Lumut (dlm 1/2jam perjalanan tak silap). Sebelum naik feri, kids sempat ternampak obor2 di bawah feri tuh!

Kroni ke Pangkor kali nih agak besar...family abang pruzz, mak ude dan family kami. Kids mmg hepi sebab cousin2 depa join skali! Termasukla si cik mek molek baby Fiqah :p


ok dah sampai ke Pulau Pangkor! Kejap je naik feri, tak sempat nak mabuk laut pun haha. Pangkor sangat tenang, dan tak berapa ramai orang. Menurut pakcik pemandu teksi, jumlah tourist semakin berkurangan, tak pastilah kenapa..maybe ramai yg lebih suke pergi ke tpt lain. Ataupun coral di Pangkor tak dpt menandingi kecantikan coral di pulau2 di Terengganu.
 
Lepas letak brg di hotel, kami pergi lunch. Check in hanya dibenarkan selepas pukul 2pm. Lunch di restorang melayu berdekatan hotel...sgt sedap, harga ok..tp lupa nak snap gambar restoran tuh :( Kemudian di tgh panas terik tuh aku dgn berat hati ikut jugaklah ahli rombongan yg nak sgt tgk pantai. isk jln tgh panas mmg gelap abis jadiknya! Tapi bila dah sampai tepi pantai..lihatlah pantai di sini...ohh mmg cun! Air jernih biru hijau..suasana tenang..tapi panas tak boleh ckp la! haha


jejaka malaya terakhir? :p
 
Lepas puas bergambar, dan membiarkan kulit di bakar mentari, kami pun pergila check in hotel...lepak2 kejap, solat, baring..nak tido kids tak kasik! Kami menginap di Pangkor Sandy Beach Resort...RM450 for 2N. Condition hotel mmg ok..selesa, bersih, tak sempit, suasana agak tenang dan tak pack dgn orang. Overall, mmg recommended!


Baru pukul 4pm depa dah turun pool??? ish ishhh mmg tak elok utk kesihatan tapi bila kids dah merayu-rayu nak turun mana larat nak tahan kan :p

sapela tuh baru lepas terjun tiruk and tenggelam hihi
 

kali ni semua kekanak dah berani nak swimming dlm pool org dewasa dgn pelampung masing-masing. Mama jugak yg masih terkial-kial as usual haha. Rasa macam dah kayuh kaki byk kali, tapi bila timbul lerrrrrr dekat je rupanya :p

Kami tak pergi snorkelling, sebab hasrat nak snorkel tidak mendapat sambutan sepenuhnya dari ahli rombongan cik kiah yg lain. Makanya ptg tu cuma berkayak sambil membuang peluh selama lebih kurang 15 minit... tu pon semput oiiii igt senang ke nak kayuh hihi lenguh jugakla anggota badan :p

watak utama percutian kali ini :)

Ok sekian dulu entry kali ni... tak larat nak tulis pjg2 sebab agak bz. Lupa nak ckp hotel kami tu RM450 for 2 nights inclusive of breakfast ok. Kids patutnya dia charge RM7.50 tapi time turun mkn tu dia tak minta bayaran pun. Alhamdulillah :) Buffet spread okla jugak....berpatutan dgn harga yg kami byr tuh.

Overall kids mmg hepi giler pegi Pangkor kali ni..walaupun cuma semalaman, tapi depa hepi sbb dah berani terapung2 dlm kolam dewasa. Asyik buat aksi terjun tiruk jer!

No comments: