17 July 2013

Resepi kek batik

Apart from cream caramel, kek batik has also become one of our main 'compulsory' dessert during Ramadhan. So our family will stick to these 3 types of regular - kek batik, cream caramel and popia goreng! After all my specialties are only limited to these kuih, so if you ask me to make kuih pelita ke kuih lapis ke lompang ke...ouccchhh i surrender and ask hubby to resort to bazaar ramadhan instead :p

Yesterday our company has invited Ustaz Syed Kadir Al-Joofre to give a special ceramah to all the staffs. Ceramah title is 'Merungkai Roh dan Hakikat Puasa' and i'm happy to share with all of you some of the gists taken from the ceramah :

- jangan biarkan nafsu menguasai akal fikiran kita, terutama bab makanan waktu berbuka. Jangan sampai buat jamak takhir time berbuka, yakni kita kumpulkan portion mkn waktu zohor, asar dan maghrib dan buka berkali-kali ganda dari yg sepatutnya!

- Antara sebab kenapa kita hanya bersemangat utk terawikh di awal minggu ramadhan, dan jadi semakin malas towards the final week of ramadhan adalah sebab jiwa dan minda kita yg penat, bukan fizikal. Fizikal masih kuat kerana kata ustaz, di waktu ptg mesti kita akan perform sai'e di bazar ramadhan...ulang alik dari satu hujung ke satu hujung...survey makanan :p Haa kalau boleh sai'e di waktu petang, kenapa jadikan alasan malas dan penat utk ke terawikh di waktu mlm?

- Kenapa di bulan ramadhan, kita mesti nak ada makanan yg special2? contohnya wajib ada murtabak (time ni sumer org gelak ok! Anyway saya so far masih lagi belum beli murtabak setakat ini hehe), air pulak mesti bancuh air yg berkaler-kaler...haha lawak ok tapi mmg benar dan menjadi amalan kebanyakan anggota masyarakat kita betul tak? konon air berkaler utk kasik tenaga...tapi ustaz kata, nasi yg kita mkn, mee tu ke..lauk pauk...kurma...haaa sumer tu adalah source of energy jugak betul tak? yerrr betul ustaz!

- antara sebab kenapa Allah turunkan agar Perang Badar terjadi pada 17 Ramadhan adalah sebab nak kasi para sahabat kumpulkan kekuatan rohani, fizikal dan mental sepanjang 16 hari mereka berpuasa. Jika mereka berjaya melawan segala nasfu, maka secara automatik fizikal mereka bertambah kuat..maka mmg terbukti para sahabat berjaya mengalahkan kaum kafir yg jumlahnya berkali ganda lebih ramai dari org Islam.

Ok sekian sahaja intipati tazkirah dari ustaz..maksud tazkirah adalah peringatan. Maknanya kena remind berkali-kali supaya kita ingat dan amalkan :)

 Now jom kita intai resepi kek batik yg saya nak share nih. Mmg resepi yg saya dah gunakan sejak berkurun lamanya (ewahhh takdela lama begitu sekali...saya masih muda lagik tauuu tapi analoginya begitulah!) and is surely a keeper :) Saya dah adjust tahap kemanisan dia...so mmg just nice dan tidak extreme manis gitu :)

KEK BATIK

3/4 cup butter
1/2 cup susu pekat
1 cup milo
1/2 cup nestum
biskut marie secukupnya

1. Cairkan butter. Tambah susu pekat, milo dan nestum...kacau rata dan tutup api.
2. Kemudian masukkan biskut marie yg dah dipecah2 kpd 4 (quartered).
3. Tuang biskut marie ke dlm bekas/loyang/tupperware dan tekan2 dgn plastik kasik rata/even.
4. Sejukkan for few hours.
5. Keluarkan sedikit awal sebelum potong...baca bismillah dan hadaplah secara bersederhana hihi

ok gambar ni agak comot...mmg dah tinggal separuh je ni dari adunan asal...tahan la utk seminggu bagi keluarga saya...dgn syarat sehari mkn 3-4 ketul jer hehe

Ni gambar lama...tak igt tahun lepas ke bila...regular customer cum kawan saya yg order nih..dia mmg peminat tegar kek batik...tahun ni ko buat sendiri tau!

Ok back to work. Actually hari ni sangatlah tidak best buat saya...pagi2 lagi dah kena marah dek bos besar disebabkan kesalahan pihak lain....kaw kaw saya kena tempiasnya sampai berair mata nih (tapi mujur masih control lagi..dan mujurlah hari ni pakai blouse baru Amani cewahh sempat promote!). Harapan saya hari esok dan seterusnya akan lebih baik dan tidak lagi berlaku peristiwa2 hampeh yg akan membuatkan saya stress bila dikenang-kenangkan :(


No comments: