12 July 2013

Sukaneka Tadika Nur Addin, Salam Ramdhan, menu iftar :)

Panjangnya tajuk!
Kata orang, tajuk melambangkan isi kandungan. Jadinya meh kita consolidate dlm a single entry, senang kan hehe

Sukaneka Tadika Nur Addin yang ke-7 dibuat pada hari Ahad lepas. Alhamdulillah cuaca dah ok, tidak lagi jerebu, jadi sukan berlangsung dgn lancar walaupun cuaca amatlah panas terik huhu. Kali ni Firas dlm team pasukan merah, tema atau logo sorakan mereka 'Red is the champion!'. Uhh di akhir acara, mmg pasukan rumah Merah yg menang jadi juara...congrats my dear!

Malu2 pulak si bujang sorang nih bila suruh posing. Kat rumah bila kami tanya masuk acara apa, dia kata takde apa2. Tapi di hari kejadian, lerr rupanya ade dekat 5-6 acara yg dia kena masuk!

tengah Q utk dipasangkan tag pasukan merah.
 
Dari Idlan 3 tahun, sehinggalah sekarang Firas dah 5 tahun, kami masih setia bersama Tadika Nur Addin. Maknanya dah nak masuk 5 tahun anak2 kami dididik oleh cikgu2 di Addin. Alhamdulillah mmg kami puas hati dgn tadika nih, walaupun cikgu2 yg best seringkali bertukar ganti...tapi pengetua mereka tetap komited utk pastikan anak2 yg dihantar ke sini berjaya :)

Firas dan rakan2 baiknya!
 
Bersiap sedia utk menyanyi lagu opening. Kali ni derang pilih lagu 'Terima Kasih Cikgu' yg dlm cerita Upin Ipin tuh...mmg comel!
 
ammar yg setia menanti abangnya. Tahun depan ammar pulak yg akan pegi 'school' pakai baju seragam hijau kuning. How time flies!
 
tolong abah tolong!!!! Budak ni tergedik2 kena geletek. 

Byk lagi gambar lain dlm kamera, malas pulak nak transfer. Tapi kesimpulannya Firas punya pasukan dpt no. 1, so dptlah bwk balik gold medal. Abg Idlan agak jeles di situ, sebab dulu dia cuma penah dpt silver medal jer hihi 

Ok diam tak diam, kita dah masuk ke hari ke-3 Ramadhan...cepat kan! Alhamdulillah so far aku tak kena migrain, berkat dan hikmah bulan ramadhan tu sendiri i guess. Kalau tidak first day pose selalu kena rekod migrain :( Firas pulak buat pertama kali digalakkan berpuasa oleh cikgu2 tadika. Pesan cikgu, mereka takkan menyediakan makanan utk budak 5 dan 6 tahun, jadi mak pak kena suruh anak pose. Kalau tak larat, barulah boleh mintak kat cikgu utk berbuka. Jadi abah akan suap Firas siap2 sebelum ke tadika, dan so far dia berpuasa dari jam 8am sampailah ke 530pm. Bila aku atau si abahnya ambil dari tadika waktu petang, balik rumah tu terus dia bukak puasa makan koko krunch dan susu. Kira oklah tu, mmg good boy! Actually aku agak kesian nak suruh dia puasa betul2, sebab si bujang ni kurus yg amat...15kg je ok...kalo pose full mesti lagi kurus huhu. Ammar pulak bila ditanya 'ammar pose tak'...laju je dia jawab 'Ammar puasha lahhh!' tapi sambil jawab sambil gonggong botol susu :p

Popia frozen!! Aku buat ni wiken lepas, konon nak stock up utk bulan pose, tapi sebelum start pose dah habis separuh :p Takper wiken ni insya Allah akan ku buat lagi byk..caiyo caiyo!
 
mmg terbaik! ehh bukan perasan tau...tapi at least rasanya way much better dari yg dijual kat pasar mlm tuh. Sebab inti dia ku bubuh ayam, telur, togey, dan carrot. Esok nak tambah kacang buncis. Nak lagi sedap bubuh udang. Tapi kids ni masalahnya kalo tgk byk vege derang mesti reject punyer. Either tak layan terus, atau derang akan korek buang segala sayur-sayuran tu and susun tepi pinggan :(
 
Menu ramadhan day 1 - ayam masak merah feveret kids, sayur sawi, kobis & carrot masak lemak & telur dadar. Kuih pulak hubby import dari tepi tasik kat rumah kami hehe...en hubby mmg hantu kuih muih...isteri dia pulak tak reti nk buat kuih2 tradisional nih...kalo suruh buat carrot cake bley lah! hehe

Menu day 2 - sotong and udang goreng tepung (hubby ckp sedapppp giler pish posh pish posh kembang si isteri :p)
Dan juga ikan bawal masak kari. 
Kids langsung tak layan lauk ikan isk isk nampak gaya depa ni mmg hantu ayam jer huhu dilema betul si mama takkan nak masak lauk ayam je everyday??

Alhamdulillah di bulan ramadhan nih company kami kasik staff keluar pukul 430pm, so by 530pm dah boleh sampai rumah. Mandi2 and solat asar, kemudian terus berperang di dapur. By 715pm insya Allah dah siap masak. Tapi masalah bagi kami yg kerja di KL ni, kalau keluar lewat sikit je pon dah jem yg amat. Jadi kebanyakan dari kami dah ciow pukul 4.25pm hihi. Hey jgn tak tahu even one minute makes a lot of difference tau!!

Kepada kengkawan tersayang, Selamat Berpuasa yer. Moga kita semua kekal sihat, dan dpt menjalani ibadah puasa dgn lancar dan sempurna. Azam ku utk melaksanakan terawikh setiap mlm, solat dhuha setiap pagi, dan kalo boleh nak cuba khatam Al-Quran...kalau tak dpt khatam dpt habiskan 15-20 juzuk pon kira dah syukur :) 

No comments: