13 April 2015

Day 13 post op

Prof did a scope again this morning. Swelling subsided alhamdulillah. Nevertheless irfan at certain times seem unable to swallow his saliva, his secretions are still a lot, and they now referred him to a GI (gastro specialist) n recommend for a barium swallow study to be done. It could be the severe silent reflux that is causing his LM to be getting worse n not improving despite the supra surgery to correct his larynx. Yesterday evening irfan looked very unsettled, unable to sleep n kept crying even after feeding. The doctor on call increased his o2 support back to level 6 to reduce the distress.

Insya Allah mlm ni surau TS akan mengadakan solat hajat buat Irfan. Jumaat lepas alhamdulillah surau di ofis mama buat solat hajat utk irfan, semua atas jasa ex-bos mama (tq bos!:). Untung irfan, ramai yg tlg mendoakan sayang..special sungguh anak mama yg sorang nih!

2 minggu mama berkampung di icu, byk perkara yg mama belajar sayang. Erti sabar, erti sebenar usaha, doa dan tawakal. Melihat bayi dan kanak2 lain yg sakit di sekeliling irfan, mmg sgt menginsafkan mama. Ada baby chinese tu katanya kes dia lg complicated dr sayang, parents dia jauh duk kat seremban, jarang mama nmpk derng. Bila terserempak dgn ayah dia, kami sama2 bertukar senyuman..senyuman yg pahit sayang...mama tahu masing2 menaruh harapan..dlm pd yg sama berduka dan sedih bila lihat anak di depan mata terlantar tidak berdaya. Kakak yg buat fisio kat sayang tadi ckp..ada ibu tu ketiga2 anak dia menghidap CP..Allahurabbi besarnya dugaan ibu tu. Mesti ibu tu sgt kuat kan...jika tidak masakan Allah berikn ujian sebegitu besar buat dia....

Mama percaya Allah Maha Adil...Mama yakin Allah takkan menguji mama dan abah jika kami x mampu mengharunginya. Mama percaya sayang akan sembuh suatu hari nnt..mama dan abah akan cuba utk terus kuat, bersabar dan sentiasa meminta dariNya. Moga Allah mendengar rintihan mama..moga Allah berikan kesembuhan buat permata hati mama yg special nih...amin.

Tidur lena2 yer sayang malam ni..jgn nangis byk sgt..nnt mama risau. Sweet dreams..i love you.

4 comments:

Farra Da Smiley said...

yati, teruskan usaha...don't give up ...aku pon doa utk irfan ms lps solat fardu & solat hajat

y@tipruzz said...

tq farra :)

Anonymous said...

Jangan berhenti berharap.

Anonymous said...

May Allah ease ur burden Sis...Boleh cuba baca 7 ayat Munjiyat setiap hari lepas subuh dan asar